SAMA’A
Adapun maksud sama’a itu ialah mendengar. Kita wajib percaya bahawa Allah itu bersifat mendengar. Sama’a itu bererti Sami’un yakni yang mendengar. Mendengar Allah swt tidak ada terhalang baginya akan sesuatu yang menyebabkan Ia tidak dapat mendengar, sama ada suara yang nyata ataupun yang ghaib daripada sekalian makhlukNya atau sekalipun dikalangan manusia itu bercakap didalam hati. Mendengar Allah adalah mendengar yang sempurna. |