IFTIQAR

IFTIQAR

Kalimah Iftiqar didalam ilmu sifat 20 diwujudkan oleh ulama’ ketuhanan yang membawa maksud “berkehendak sekalian yang baharu kepadaNya”. Ini bermaksud disebabkan sekalian makhluk bersifat lemah dan berkehendakkan kepada Allah, maka ulama’ ilmu ketuhanan menyenaraikan sifat Iftiqar ini kepada sembilan sifat yang mana sembilan sifat ini diperlukan oleh manusia bagi melaksanakan berbagai aktiviti kehidupan, walaupun pada hakikatnya yang memerlukan manusia itu adalah hakikat manusia yang bernama Rohani yang menjalankan urusan Allah, yang tidak mempunyai daya dan upaya.

Iftiqar mempunyai sembilan sifat iaitu,

1. QUDRAT

2. IRADAT

3. ILMU

4. HAYAT

5. QADIRUN

6. MARIDUN

7. 'ALIMUN

8. HAYYUN

9. WAHDANIAH

Iftiqar mengandungi sembilan sifat:

  1. Empat sifat Ma’ani
  2. Empat sifat Ma’anawiyah
  3. Satu sifat Salbiah

TUJUAN PEMBAHAGIAN SIFAT IFTIQAR

Tujuan ulama’ ilmu ketuhanan menyenaraikan sifat Iftiqar ini ialah untuk:

  1. Memungkinkan wujud makhluk sebagai hakikat yang tidak mempunyai daya dan upaya yang datang daripada Allah untuk menjalankan urusan amanah Tuhan. Ini memungkinkan Dia bersifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat.
  2. Memungkinkan tentang kuasa dan kehendak Allah swt sebagai penentu kuasa takdir datang daripada Allah bagi memperlihatkan Af’alNya terhadap seluruh alam dan ini mewajibkan Dia bersifat Qadirun, Maridun, ‘Alimun dan Hayyun.
  3. Menetapkan ketetapan semua kuasa takdir itu datang daripada Allah yang maha Esa. Ini mewajibkan Dia bersifat Wahdaniah.

Didalam bab Iftiqar ini pada keseluruhannya menunjukkan bahawa sifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat itu adalah sifat Qahar yang dikuasai oleh Allah sepenuhnya sementara sifat Qadirun, Maridun, ‘Alimun, Hayyun dan Wahdaniah itu adalah sifat kepentingan makhluk sebagai kesempurnaan daripada Allah iaitu sifat Kamal.

 
Today, there have been 193737 visitors (644063 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free