KHARIJ DAN ZIHIN

ISTILAH KHARIJ DAN ZIHIN

KHARIJ

Maksud Kharij itu ialah sifat yang memberi kesan (bekas) kepada seluruh alam ciptaan Tuhan. (Mengikut ilmu sifat 20, sifat yang memberi kesan kepada seluruh alam itu ialah sifat Ma’ani yang menggerakkan jasmani).

ZIHIN

Maksud Zihin itu ialah sifat yang maujud pada Zat Allah swt atau sifat yang beserta Zat Allah swt. (Mengikut kaedah ilmu sifat 20, sifat yang maujud pada Zat itu ialah sifat Ma’ani).

Tujuan istilah diatas diwujudkan ialah untuk tujuan memberikan kefahaman kepada manusia bagaimana perhubungan manusia dan Allah swt didalam aktiviti seharian, disamping itu ialah untuk mengelakkan manusia daripada berfahaman syirik.

Kerana itu dikatakan:

  1. Nafsiah itu wujud pada Zihin, tidak wujud pada Kharij.
  2. Salbiah itu wujud pada Zihin, tidak wujud pada Kharij.
  3. Ma’ani itu wujud pada Zihin dan wujud pada Kharij.
  4. Ma’anawiyah itu wujud pada Zihin, tidak wujud pada Kharij.

SIFAT MA’ANI PADA SIFAT ISTAGHNA DAN IFTIQAR

  1. Adapun sifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat itu wujud pada sifat Iftiqar.
  2. Adapun sifat Sama’a, Bashar dan Kalam itu wujud pada sifat Istaghna.

Di iktiqadkan bahawa:

1.       Nafsiah itu wujud pada Zihin kerana Diri Zat itu tidak boleh bercerai dengan sifat Zat Ma’anawiyah kerana Ma’anawiyah itu adalah Zat yang wujudnya bersebab sebagaimana firman Allah memerintahkan supaya memohon kepadaNya dengan menyeru namaNya,

وَلِلَّهِ اْلاَسْمَأُ الْحُسْنَى فَادْعُوْهُ بِمَا وَذَزُواالَّذِ يْنَ يُلْحِدُ وْنَ فِىْ اَسْمَائِهِ

Maksudnya:    Allah mempunyai Asmak ul-Husna yang agung yang Syumul dengan sifatNya, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu.

(Al-A’araf 180)

2.       Nafsiah tidak wujud pada Kharij kerana Kharij itu adalah Muhaddas yang terdiri dari jasmani dan jasmani bukanlah terdiri dari Ammar Rabbi, dan jasmani hanya melahirkan Af’alNya yang lahir dari Ammar Rabbi.

3.       Salbiah juga tidak wujud pada Zihin dan Kharij kerana ia hanya menyatakan keagungan Zat sahaja.

4.       Ma’ani itu wujud pada Zihin (sifat yang beserta Zat) kerana sifat Ma’ani itu wajib berdiri pada Zat (memerlukan Zat) dan dia tidak boleh berdiri dengan sendirinya.

5.       Ma’ani itu juga wujud pada Kharij kerana wajib baginya melahirkan (menjalankan urusan Allah) dan mempamerkan Af’al Allah yang berasaskan wujudnya makhluk jasmani.

6.       Ma’anawiyah itu wujud pada Zihin kerana ia menjalankan perintah keEsaan Tuhan bagi melahirkan Ammar Rabbi dilaksanakan dengan sempurna (Kamal), disamping menumpukan perhatian kepada sifat Ma’ani. Jelasnya Ma’anawiyah itu lazim melazimi ia dengan sifat Ma’ani, dan tidak bercerai ia dengan keEsaan Zat yang Maha Agung itu, dengan maksud,

كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِىْ شَأْنٍ

Maksudnya:    setiap masa Zat itu didalam urusanNya (mencipta, mentadbirkan makhluk)

(Ar-Rahman 29)

7.       Sifat Ma’ani Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat itu wujud pada sifat Iftiqar kerana sifat itu bermaksud berkehendak sekalian baharu kepadanya, ertinya makhluk jasmani berkehendak kepada sifat itu bagi membolehkan rohani menjalankan urusan Allah. Tanpa jasmani sifat rohani itu tidak boleh menjalankan urusan Allah.

Sifat Ma’ani Sama’a, Bashar dan Kalam itu wujud pada sifat Istaghna (sifat kaya Allah) kerana fitrah Zat Allah itu memahami kehendak dan keperluan alam ciptaanNya yang bermatlamatkan melahirkan segala hukum bagi menyelamatkan sekalian makhlukNya.

 
Today, there have been 193737 visitors (644062 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free