ISTAGHNA

ISTAGHNA

Istaghna adalah perkataan yang diperkenalkan oleh ulama’ ilmu ketuhanan yang membawa maksud sifat kekayaan Allah swt. Perkataan ini diperkenalkan didalam ilmu sifat 20, akan tetapi didalam Asmaul Husna, sifat terkaya Allah swt dari segala keperluan ini dikenali sebagai sifat Al-Ghoniey iaitu Asmaul Husna yang ke-83. Ertinya Dia tidak memerlukan sesuatupun. Istaghna mengandungi 11 sifat iaitu,

1. WUJUD

2. QIDAM

3. BAQO'

4. MUKHOLAFATUHU TA'ALA LIL HAWADIS

5. QIAMUHU BINAFSIH

6. SAMA'A

7. BASHAR

8. KALAM

9. SAMI'UN

10. BASHIRUN

11. MUTAKALLIMUN

Istaghna mempunyai 11 sifat:

  1. Satu Nafsiah
  2. Empat Salbiah
  3. Tiga Ma’ani
  4. Tiga Ma’anawiyah

Pembahagian sifat ini adalah untuk memperkenalkan keagungan Tuhan dan keadilanNya terhadap sekalian alam.

TUJUAN PEMBAHAGIAN SIFAT ISTAGHNA

Tujuan ulama’ ketuhanan menyenaraikan sifat-sifat yang terdapat didalam Istaghna ialah untuk,

  1. Menerangkan tentang wujud Tuhan yang satu dan tidak berbilang-bilang yang mentadbir seluruh alam-alam dari awal alam dijadikan sehinggalah akhirnya selagi alam itu wujud. Ini memungkinkan Dia bersifat Wujud (Nafsiah) dan bersifat Qidam dan Baqo’ (Salbiah).
  2. Menerangkan tentang perbezaan sifat dan sikap Diri Zat (Nafsiah) itu dengan makhluk ciptaanNya. Ini memungkinkan Dia bersifat Mukholafatuhu Ta’ala Lilhawadis (tidak sama DiriNya dengan sekalian yang baharu) dan Qiamuhu Binafsih) berdiri Dia dengan sendiriNya.
  3. Menerangkan tentang sifat dan sikapnya yang tidak pernah mengambil kesempatan atau faedah daripada makhluk ciptaanNya. Sifat Sama’a, Bashar dan Kalam yang wajib bagi DiriNya itu membolehkan Dia sentiasa berada didalam urusanNya, iaitu sifat sentiasa melihat apa yang dilakukan oleh hambaNya, sifat yang sentiasa mendengar segala rintihan hambaNya menyebabkan Dia menyediakan segala peraturan (undang-undang) pantang larang supaya sekalian hambaNya memperoleh faedah dan selamat didunia dan akhirat ini memungkinkan dia bersifat Sama’a, Bashar, Kalam, Sami’un, Bashirun dan Mutakallimun.

Didalam bab Istaghna ini pada keseluruhannya menunjukkan bahawa Dia bersifat keagungan dan kebesaran serta keindahan.

 
Today, there have been 193725 visitors (644005 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free