MANUSIA MEMERLUKAN 9 SIFAT IFTIQAR

MANUSIA MEMERLUKAN 9 SIFAT IFTIQAR

Apabila manusia memerlukan 9 sifat diatas bererti:

Memerlukan empat sifat Ma’ani

  1. Manusia memerlukan sifat Qudrat Allah supaya ada kuasa
  2. Manusia memerlukan sifat Iradat Allah supaya ada keinginan (berkehendak)
  3. Manusia memerlukan sifat Ilmu Allah supaya mengetahui sesuatu
  4. Manusia memerlukan sifat Hayat Allah supaya dapat hidup dan kenal Allah

Memerlukan empat sifat Ma’anawiyah dan sati sifat Salbiah

  1. Manusia memerlukan sifat Qadirun – Yang Berkuasa
  2. Manusia memerlukan sifat Maridun – Yang Berkehendak
  3. Manusia memerlukan sifat ‘Alimun – Yang Mengetahui
  4. Manusia memerlukan sifat Hayyun – Yang Hidup
  5. Manusia memerlukan sifat Wahdaniah – Yang Esa

Apabila Allah swt memberikan sifat-sifat yang diatas maka segala sifat tersebut tidaklah berbentuk qadim, kerana jika berbentuk qadim maka ia adalah mustahil diisikan didalam tempat yang baharu daripada alam ini. Umpamanya jika manusia ada dikurniakan oleh Allah swt sifat qudrat, maka yang berqudrat ialah tetap daripada ZatNya. Sebab itu didalam sifat iftiqar wujud sifat Wahdaniah yang bererti bahawa Esa Allah swt itu pada segala perbuatanNya, sebab itu manusia didalam keadaan La haula wala quwwata illa billah!

SIFAT KURNIAAN DARIPADA ALLAH SWT MELALUI IFTIQAR

Apabila manusia berkehendakkan sifat-sifat kesempurnaan daripada Allah swt melalui konsep iftiqar Allah swt, maka sifat tersebut menjadi amanah kepada manusia untuk menjaga serta digunakan dengan sebaik-baiknya. Kita juga perlu sentiasa bersyukur kepadaNya kerana dengan sifat tersebut membolehkan kita digelar sebagai Insan yang sempurna dari sekalian makhluk ciptaanNya. Tanpa dikurniakan oleh Allah sifat tersebut, maka sudah tentu manusia tidak akan digelar Insan yang sempurna, akan tetapi jika sifat tersebut dapat dikuasai oleh syaitan maka taraf manusia lebih hina daripada haiwan yang melata atau menjadi syaitan dari jenis manusia.

KURNIAAN ALLAH SWT

  1. Sifat Qudrat yang kemudiannya menjadi Roh, Roh tersebut sebagai urusan Allah
  2. Sifat Iradat yang kemudiannya menjadi Nafsu untuk cenderung
  3. Sifat Ilmu yang kemudiannya menjadi Akal untuk berfikir
  4. Sifat Hayat yang kemudiannya menjadi Nafas untuk menghidupkan (Nyawa)

Adapun sifat Qadirun, Maridun, ‘Alimun dan Hayyun daripada sifat Ma’anawiyah akan menjadi penggerak kepada sifat Qudrat, Iradat, ‘Ilmu dan Hayat, dan satu sifat Salbiah iaitu Wahdaniah menunjukkan keEsaan Zat yang menentukan apa yang dikehendakiNya terhadap sifat Ma’anawiyah untuk menunjukkan Af’alnya.

 Adapaun keempat-empat sifat tersebut datangnya daripada Allah dan akan dikembalikan pula kepada Allah swt apabila ianya dipanggil pulang oleh Allah dalam keadaan sama ada bertaraf urusan Allah atau bertaraf nyawa sahaja. Kerana itu ianya akan ditanya apakah amal baktinya didunia dahulu.

Apabila bertemu Roh, Nafsu, Akal dan Nafas ianya dikenali sebagai ROHANI. Rohani tersebut apabila ianya bertaraf Nurani, maka ia dengan sendirinya akan menjadi urusan Allah dan jika ianya bertaraf nyawa maka ianya dikenali sebagai Sinobari (sanubari), yakni hati kebinatangan.

Oleh yang demikian,

  1. Roh atau Jiwa akan ditanya untuk apa ia digunakan?
  2. Nafsu akan ditanya untuk apa ia digunakan?
  3. Akal akan ditanya untuk apa ianya digunakan?
  4. Nafas atau diri kamu akan ditanya untuk apa usianya kamu gunakan?

Rohani semasa dialam roh telah berjanji kepada Allah untuk tunduk patuh akan semua titah perintah Allah swt, dan untuk menunaikan janjinya maka Allah jadikan jasad manusia untuk berbakti kepadaNya.

 
Today, there have been 193730 visitors (644034 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free