KAUNUHU HAYYUN
Maksud Kaunuhu Hayyun itu ialah bahawa Zat Allah swt itu sentiasa didalam keadaan hidup. Sifat Kaunuhu Hayyun ini tidak sama dengan sifat Hayat. Sifat Hayat tidak bermakna atau berfungsi apa-apa jika sifat Kaunuhu Hayyun tidak menghidupkan sifat Hayat. Sifat Kaunuhu Hayyun adalah sifat yang hidup dan menghidupkan buat selama-lamanya, ertinya sifat Kaunuhu Hayyun itu mensabit (menyebabkan) sifat Hayat itu berfungsi.
Firman Allah:
هُوَالْحَىٌّ لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ فَادْ عُوْهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّ يْنَ
الحمد لله رب العالمين
Maksudnya: Dialah yang hidup, tiada Tuhan melainkan Dia, kerana itu serulah Dia dan berdoa kepadaNya dengan ikhlas dan berbaktilah kepadaNya semata-mata, berbaktilah kepadaNya Tuhan seru sekalian alam.
(Al-Mukmin 65) |