KAUNUHU MARIDUN
Maksud Kaunuhu Maridun itu ialah bahawa Zat Allah swt itu sentiasa dalam keadaan berkehendak, ertinya Allah swt itu sentiasa berada dalam keadaan berkehendak. Jika kita perhatikan sifat Kaunuhu Maridun itu seolah-olah tidak ada bezanya dengan sifat Iradat, akan tetapi sebenarnya ia mempunyai perbezaan yang amat ketara. Sifat Iradat (berkehendak) adalah sifat yang tidak mutlak, ertinya sifat yang memerlukan suatu sifat yang lebih mutlak supaya sifat Iradat itu mampu melaksanakan sesuatu hajat. Ini bererti sifat Iradat itu memerlukan sifat Kaunuhu Maridun. Tanpa sifat Kaunuhu Maridun itu maka sifat Iradat tidak bermakna-apa-apa, sebagaimana firman Allah swt didalam surah At-Takwim ayat 29,
Firman Allah:
وَمَا تَشَأُونَ اِلاَّ أَنْ يَشَاءَ الله ُرَبُّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya: dan tidaklah kamu berkehendak melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah.
Kerana itu janganlah ada diantara manusia beranggapan bahawa keinginan dan kehendak manusia itu adalah mutlak keinginan daripada dirinya sendiri. Kerana itu Allah berfirman:
وَالله ُخَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُوْنَ
Maksudnya: dan Allah telah menjadikan kamu dan (menjadikan) apa-apa yang kamu lakukan
(Ash-Shaffat 96) |