QIAMUHU BINAFSIH
Yang dimaksudkan Qiamuhu Binafsih itu ialah berdiri Zat Allah ta’ala itu dengan sendiriNya. Dia tidak memerlukan kepada sesiapapun dari kalangan makhlukNya untuk menjadikan sesuatu daripada alam ini. Ertinya Dia tidak mengharapkan pertolongan daripada makhlukNya bagiNya mencipta sesuatu. Jika dia mengharapkan atau memerlukan sesuatu pertolongan maka bukanlah Dia Tuhan. Didalam Al-Qur’an Allah berfirman
اَلله ُلاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَالْحَىٌ الْقَيُّوْمُ
Maksudnya: Dialah Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup dan berdiri Dia dengan sendiriNya.
(Al-Baqarah 255)
Didalam urusan menjadikan ini, Allah swt memiliki dua kuasa mutlak yang datang dari perintah Tuhan yang satu iaitu menjadikan sesuatu pada konsep KUN FAYAKUN dan satu lagi dibawah kuasa fitrah ilmu yang menjadi dasar ilmuan kepada manusia, umpamanya apabila Allah memerintahkan kepada malaikat mengambil tanah untuk menjadikan Adam, dan demikian juga dengan mematikan manusia, dan perkara urusan yang lain yang dilaksanakan oleh para malaikatNya dan inilah juga satu sifat keAgungan Tuhan yang melazimi tubuh lembaga akal untuk tugas khalifah. |