QIDAM

QIDAM

Yang dimaksudkan qidam itu ialah Tuhan itu sedia ada dengan tiada permulaan wujudnya. Jika Allah itu ada permulaan wujudnya, maka bukanlah Dia Tuhan. Qidam juga bermaksud qadim. Didalam senarai nama-nama Allah swt, qidam ini dikenali sebagai Al-Awal, iaitu permulaan segala yang wujud. Didalam asmak yang ke-73, didalam Al-Qur’an dikenali sebagai Huwal Awwalu yang bermaksud Zat yang awal (Al-Hadid ayat 3). Untuk memahamkan lagi maksud qidam dan Al-Awal itu, Rasullullah saw menyatakan

اَللَّهُمَّ اَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَئٌ

Maksudnya:    Ya Tuhanku Engkaulah yang awal tiada dahulu daripadaMu sesuatu juga pun.
 
Today, there have been 193720 visitors (643987 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free