QUDRAT
Yang dimaksudkan Qudrat itu ialah berkuasa. Qudrat bererti Qadirun yakni Yang Berkuasa. Allah berkuasa terhadap sesuatu daripada alam ini tanpa had dan batasNya, dan tiada yang dapat mengatasi akan kekuasaanNya. Dia berkuasa menjadikan, mematikan, menghidupkan, memusnahkan, mengelakkan dan sebagainya. Firman Allah:
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ
Maksudnya: Dialah yang berkuasa keatas sekalian hamba-hambaNya
(Al-An’am 61)
وَمِنْء اَيَتِهِ أَنْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ اِذَا اَنْتُمْ بَشَرٌ تَنْتَشِرُوْنَ . وَمِنْ اَيَتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ
اَنْفُسِكُمْ أَزْوَجًالِّتَسْكُنُوْا اِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً اِنَّ فِىْ ذَلِكَ َلأَ يَتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُوْنَ
Maksudnya: dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia mencipta kamu dari tanah, kemudian kamu menjadi manusia yang berkembang biak. Dan diantaranya juga Dia mencipta untukmu isteri supaya kamu cenderung dan tenteram kepadanya dan dijadikanNya diantara kamu berkasih sayang, sesungguhnya demikian itu adalah tanda-tanda kaum yang berfikir
(Ar-Ruum 20, 21)
Banyak lagi ayat-ayat yang menunjukkan bahawa Allah swt itu berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu daripada alam ini. Kekuasaan Allah juga menahan Roh dan melepaskannya ketika tidur dan mati. Firman Allah:
اَلله ُيَتَوَفَّى الاَنْفُسَ حِيْنَ مَوْتِهَا وَالَّتِى لَمْ تَمُتْ فِىْ مَنَا مِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِىْ قَضَ
عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ اْلاَخْرَى اِلَى اَجَلٍ مُسَمَّى اِنْ فِىْ ذَلِكَ َلأَيَاتٍ لِقُوْمٍ يَتَفَكَّرُوْنَ
Maksudnya: Allah menerima jiwa ketika matinya dan jiwa yang tidak mati didalam tidurnya, lalu Ia tahan jiwa yang dihukum mati dan Dia lepaskan yang lain sehingga satu waktu yang ditentukan sesungguhnya pada yang demikian itu adalah tanda-tanda kamu yang berfikir
(Az-Zummar 42)
Kekuasaan Allah juga menidurkan dan membangunkan manusia. Firman Allah:
وَهُوَ الَّذِىْ يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَا رِثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيْهِ لِيُقْضَ اَجَلٍ مُسَمَّى .
ثُمَّ اِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ
Maksudnya: Allahlah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada waktu siang hari, kemudian Dia bangunkan kamu daripada tidur hingga satu masa kemudian Dia khabarkan kamu apa yang telah kamu kerjakan
(Al-An’am 60) |