BASHIRUN

KAUNUHU BASHIRUN

Maksud Kaunuhu Bashirun ialah keadaan Zat Allah swt itu sentiasa dalam keadaan melihat, ertinya Zat Allah swt itu melihat dengan berterusan tanpa sesat pun Dia leka dari melihat semua makhluk ciptaanNya, baik makhlukNya yang nyata ataupun yang ghaib. Sifat Kaunuhu Bashirun ini tidak sama dengan sifat Bashar. Sifat Kaunuhu Bashirun adalah sifat melihat Zat yang wujudnya bersebab. Sementara sifat Bashar adalah sifat makhluk yang berdiri pada Zat Allah swt, ertinya dengan ada sifat Kaunuhu Bashirun itu membolehkan sekalian makhluk dapat melihat. Sifat Kaunuhu Bashirun ini juga adalah sifat yang wajib bagi Zat Allah swt kerana Dia dapat melihat kepada sekalian alam ciptaanNya. Firman Allah tentang Zat itu melihat dan mendengar ialah,

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

Maksudnya:    tiada sesiapapun yang menyamai Zat Allah swt, Dia adalah yang maha mendengar dan melihat

(Ash-Syura 11)

 
 
Today, there have been 217672 visitors (746849 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free