KAUNUHU MUTAKALLIMUN
Maksud Kaunuhu Mutakallimun itu ialah keadaan Zat Allah swt itu sentiasa dalam keadaan berkata-kata, ertinya Zat Allah swt itu sentiasa berkata-kata tanpa sedikit pun Dia leka dari berkata-kata, sama ada berkata-kata Zat itu kepada makhlukNya yang mempunyai akal. Sifat Kaunuhu Mutakallimun ini tidak sama dengan sifat Kalam kerana sifat Kalam adalah sifat yang berdiri pada Zat Allah, ertinya sifat Kalam berdiri pada sifat Zat Kaunuhu Mutakallimun. Tanpa Kaunuhu Mutakallimun maka sifat Kalam tiada bererti apa-apa. Firman Allah, Dia memiliki sifat kaunuhu Mutakallimun,
مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ الله ُ
Maksudnya: setengah daripada mereka (rasul-rasul) itu ada yang diajak oleh Allah berkata-kata
(Al-Baqarah 253) |