QADIRUN

KAUNUHU QADIRUN

Maksud Kaunuhu Qadirun itu ialah bahawa Zat Allah swt itu sentiasa Dia didalam keadaan yang berkuasa, ertinya Allah swt itu sentiasa berada dalam keadaan sentiasa berurusan. Jika kita perhatikan benar-benar bahawa sifat Kaunuhu Qadirun ini sama dengan sifat Qudrat (sifat kuasa), akan tetapi ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara kerana sifat kuasa itu hanya sifat kuasa yang tidak memberikan kesan sedangkan sifat Kaunuhu Qadirun ini adalah sifat yang memberikan kesan kepada setiap alam. Kerana itu dikatakan bahawa kuasa (Qudrat) tidak akan memberikan sebarang kesan atau sebarang mudarat melainkan sifat Kaunuhu Qadirun itulah sebenarnya yang memberikan mudarat, dan inilah sifat yang wajib ada pada Zat Allah swt itu, iaitu sifat

قُلْ لَنْ يُصِيْبَنَا اِلاَّ مَاكَتَبَ الله ُلَنَا

Maksudnya:    katakanlah tidak akan mengenai kami melainkan apa yang telah ditentukan Allah bagi kami

(Al-Baro’ah 51)

Ini bererti pula bahawa segala sesuatu itu adalah atas Kaunuhu Qadirun Allah swt itu. Sebagai contoh, manusia mempunyai sifat kuasa, akan tetapi kuasa tersebut adalah kuasa yang tidak mutlak. Yang mempunyai kuasa mutlak ialah sifat Kaunuhu Qadirun Allah swt. Itulah yang dikenali sebagai lazim melazimi (sifat kuasa yang tidak mungkin akan bercerai).

 
 
Today, there have been 217671 visitors (746847 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free