KALAM
Adapun yang dimaksudkan kalam itu ialah berkata. Kalam bererti Mutakallimun iaitu Allah swt itu Yang berkata-kata. Berkata-kata Allah swt adalah sifat wajib bagi Zat yang qadim, sifat kalam disini bukanlah bermaksud berkatanya Allah swt kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi kerana kalam tersebut dinamakan baharu. Sifat kalam disini bermaksud kalam yang tidak berhuruf, bersuara, bernada, tiada terdahulu dan terkemudian. Dalil Allah swt bersifat kalam,
Firman Allah:
وَكَلَّمَ الله ُمُوْسَى تَكْلِيْمًا
Maksudnya: dan telah berkata-kata Nabi Musa dengan Allah dengan sempurna kata-kata
(An-Nisa’ 164)
Firman Allah:
... مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ الله ُ...
Maksudnya: sesetengah daripada mereka (Rasul-rasul) itu, ada yang diajak oleh Allah berkata-kata
(Al-Baqarah 253)
Ayat yang diatas jelas menunjukkan bahawa Allah swt memiliki sifat kalam dan pernah pula berkata-kata dengan Rasul-rasulNya. Sejarah bagaimana Nabi Musa mahu melihat wajah Allah swt sehingga ia jatuh pengsan dan sejarah bagaimana Rasullullah saw bercakap dengan Tuhan ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj semasa Allah mahukan sekalian umatnya bersembahyang 50 waktu sehingga menjadi 5 waktu menunjukkan baginda pernah bercakap dengan Tuhannya. Namun apabila ditanya sama ada baginda pernah melihat wajah Tuhan? Jawab baginda “bagaimana dapat melihat wajahNya sedangkan suasana ketika itu diselubungi Nur Ilahi”. Ini menunjukkan bahawa baginda bercakap dengan Tuhannya adalah disebalik tabir, begitu jugalah yang berlaku pada Nabi Musa a.s.
Bagi Rasul-rasul dan Nabi Allah berbicara dengan mereka dengan mendengar suara, tentunya bahasa yang digunakan adalah bahasa syurga, iaitu bahasa Arab, dan mereka dapat mendengar suara daripada Allah swt dengan tiada hijab, sedangkan kita manusia biasapun Allah berbicara dengan kita, akan tetapi kita tidak dapat mendengarnya. Mungkin kita banyak dosa sebagai hijab menghalang daripada mendengar kata-kata Allah tersebut, sedangkan Rasul dan Nabi adalah maksum. Sebagai contoh apabila kita membaca ummul kitab, maka Allah akan menjawab bacaan kita.
Sabda Rasullullah saw:
قَالَ الله ُعَزَّوَجَلَّ : فَسَمْتُ الصَّلاَ ةَ بَيْنِىْ وَبَيْنَ عَبْدِ ىْ نِصْضَيْنِ وَلِعَبْدِ ىْ مَا سَأَلَ , فَأِذَا قَالَ :
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ , قَالَ الله ُ: حَمِدَ نِىْ عَبْدِىْ وَاِذَا قَالَ : اَلرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ,
قَالَ الله ُ أَثَرَعَلَّى عَبْدِ ىْ وَاِذَا قَالَ : مَالِكِ يَوْمِ الدِّ يْنِ , قَالَ الله ُ: مَجَّدَ نِيْ عَبْدِ ىْ
وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِىْ , فَاِذَا قَالَ : اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعْيَنُ , قَالَ الله ُ:
هَذَا بَيْنِىْ وَبَيْنَ عَبْدِ ىْ وَلِعَبْدِ ىْ مَسَأَلَ , وَاِذَا قَالَ : اِهْدِ نَاالصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمِ .
صِرَاطَ الَّذِ يْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ . غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيْنَ .
قَالَ الله ُ: هَذَ الِعَبْدِ ىْ وَلِعَبْدِ ىْ مَاسَأَلَ
Maksudnya: telah berfirman Allah ‘Azza Wajalla “Aku bagi solat (Al-Fatihah) diantara Aku dan hambaKu menjadi dua bahagian, setengah untuk Aku dan setengah lagi untuk hambaKu, bagi hambaKu apa yang mereka minta, apabila hambaKu berkata: Al-Hamdulillahirabbil ‘alamin! Allah menjawab: hambaKu telah memujikan Aku, dan apabila hambaKu berkata: Arrahmanirrahiim! Allah menjawab: hambaKu telah menyanjung Aku, apabila hambaKu berkata: Maaliki yaumiddiin! Allah menjawab: hambaKu telah memuliakan Aku, dan apabila hambaKu berkata: Iyyakana’budu wa iyyakanasta’iin! Allah menjawab: ini setengah untukKu dan setengah lagi untukKu, bagi hambaKu apa yang mereka minta, dan apabila hambaKu berkata: Ihdinas shirothol mustaqiim, shirothollazina an ‘amta ‘alaihim, ghoiril maghdhuubi ‘alaihim waladdhooliin! Allah menjawab: ini semua untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang mereka pinta.
(Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)
Berdasarkan hadis diatas, maka nyatalah bahawa Allah swt menyambut akan bacaan sekalian hambaNya yang ikhlas bagi tujuan mengagungkan Tuhannya, dan bacaan yang dibaca adalah dikala menyembahNya mengikut kefardhuan solat yang diperintahkan terhadap hambaNya. Ini bermakna bahawa Allah swt sentiasa beserta sekalian hambaNya dalam apa jua keadaan selagi manusia itu hidup dan dihidupkan.
Mari kita mendengar firman Allah didalam surah Al-Hajarat ayat 14 dan sabda Rasullullah saw,
Firman Allah:
قَالَتِ اْلاَعْرَابُ أَمَنَّا قُلْ لَّمْ تُؤْمِنُوْا وَلَكِنْ قُوْلُوْا اَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْ خُلِ اْلأِيْمَانُ
Maksudnya: orang-orang arab badwi itu berkata, kami telah beriman! Katakanlah (kepada mereka) kamu belumlah beriman, tetapi katakanlah kamu telah Islam, sebab iman masuk kedalam hatimu.
اَلْعِلْمُ بِااللهِ إِمَامُ الْعَمَلِ وَالْعَمَلُ تَابِعً لَهُ
Maksudnya: ilmu mengenal Allah itu adalah asas bagi amalan, sedangkan amalan itu mengikutnya (tidak sah ibadat tanpa iman)
Kerana itu setiap muslim wajib mempelajari ilmu mengenal Qudrat, Iradat Allah yang menguasai seluruh alam. |