ILMU
Yang dimaksudkan Ilmu itu ialah tahu. Ilmu bererti Alimun yakni Allah swt yang amat mengetahui. Mengetahui Allah swt tidak ada batas sempadan sama ada yang tersurat ataupun yang tersirat. Firman Allah:
يَعْلَمُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ , وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّوْنَ وَمَا تُعْلِبُوْنَ , وَالله ُعَلِيْمٌ بِذَاتِ الصُّدُوْرِ
Maksudnya: Allah mengetahui segala apa-apa yang berada dilangit dan segala sesuatu yang berada dibumi, Dia mengetahui tentang apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nampakkan, dan Allah maha mengetahui tentang sesuatu yang ada didalam hati manusia
(At-Taghabun 4)
Firman Allah:
يَابُنَيَّ إِنَّهَا اِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ , فَتَكُنْ فِى صَخْرَةٍ اَوْفِى السَّمَوَاتِ اَوْفِى اْلاَرْضِ
يَأْتِ بِهَا الله ُاِنَّ الله َلَطِيْفٌ خَبِيْرٌ
Maksudnya: wahai anakku! Meskipun sesuatu benda itu beratnya sebesar biji sawi tersembunyi dibalik batu atau dimana sahaja dilangit dan dibumi, nescaya akan dikeluarkan oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang paling halus sekalipun
(Luqman 16)
Sabda Rasullullah saw
مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ وَرَّثَهُ الله ُعِلْمَ مَالَمْ يَعْلَمْ
Maksudnya: barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang diketahuinya nescaya dipusakakan oleh Allah kepadanya ilmu yang belum diketahuinya
(Abu Na’iem dari Anas r.a) |