HAYAT

HAYAT

Yang dimaksudkan Hayat itu ialah hidup. Hayat bererti Hayyun yakni Zat Allah swt itu Yang hidup. Hidup Allah swt tidak sama seperti hidupnya sekalian makhluk ciptaanNya. Dia tidak memerlukan nyawa untuk hidup, tidak memerlukan cahaya, udara atau apa juga sumber kehidupan yang diperlukan oleh sekalian makhlukNya. Dalil Allah bersifat hidup, Firman Allah:

هُوَالْحَيُّ لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ فَاَدْعُوْهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya:    Dialah yang hidup, tiada Tuhan melainkan Dia, kerana itu seru dan berdoalah kepadaNya dengan ikhlas dan berbaktilah kepadaNya semata-mata, segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam

(Al-Mukmin 65)

Zat Yang Maha Agung itu sememangnya bersifat hidup buat selama-lamanya. Dialah yang mengatur kehidupan sekalian makhlukNya. Tidak pernah sakit dan tidak pernah tidur (Al-Baqarah 255), kerana itu setiap yang hidup hendaklah berdoa kepadaNya.
 
 
Today, there have been 217678 visitors (746860 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free