KAUNUHU ‘ALIMAN
Maksud Kaunuhu ‘Aliman itu ialah bahawa Zat Allah swt itu sentiasa dalam keadaan mengetahui, ertinya Allah swt itu sentiasa didalam keadaan meninjau dan memahami pergerakan alam. Sebenarnya sifat Kaunuhu ‘Aliman ini kelihatannya tiada perbezaannya dengan sifat Ilmu, akan tetapi ia mempunyai perbezaan yang sangat nyata kerana sifat Ilmu adalah sifat yang tidak mutlak, dan yang mutlak hanya sifat Kaunuhu ‘Aliman. Ertinya jika tanpa sifat Kaunuhu ‘Aliman maka sifat Ilmu tidak bererti apa-apa.
Firman Allah:
يَعْلَمُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ, وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّوْنَ وَمَا تُعْلِنُوْنَ , وَالله ُعَلِيْمٌ بِذَ اتِ الصُّدُ وْرِ
Maksudnya: Allah mengetahui segala apa yang terdapat dilangit dan dibumi, Dia mengetahui segala apa yang kamu sembunyikan dan kamu nampakkan dan Allah mengetahui tentang sesuatu yang ada didalam hati kamu.
(At-Toghaban 4) |