MUKHOLATUHU TA’ALA LIL HAWADIS
Yang dimaksudkan Mukholatuhu ta’ala lil hawadis itu ialah tidak sesiapa pun yang menyerupai akan Dia (Al-Ikhlas 4). Disebabkan Zat Allah itu tidak menyerupai apa jua pun Laisa kamislihi Syai’un, maka tiada suatu makhluk pun menyamai akan keadaanNya, walaupun wujud petanda makhluk ciptaanNya yang menyamaiNya akan tetapi ia bukan sebahagian daripadaNya. Umpamanya Angin, Nafas, Jirim dan Jisim atau Atom yang terdiri dari Nukleus dan Elektron atau Neutron dan Proton. Semua istilah yang ghaib itu dengan sendirinya ternafi dengan firman Allah
فَتَعَالىَ الله ُعَمَّا يُشْرِكُوْنَ
Maksudnya: Maha suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan dengan yang lain. (Al-A’raf 190) |