MA'ANI

MA’ANI

Maksud ma’ani itu ialah berdiri sifat kepada Zat (Allah). Ini bererti sifat ma’ani itu adalah sifat yang dimiliki oleh makhluk atau sifat yang menyebabkan kehidupan bermakna, umpamanya dengan adanya sifat ma’ani itu makhluk hidup bererti. Disinilah kita wajib memahami bahawa sifat ma’ani ini berbentuk apa didalam keperluan kehidupan seseorang manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa sifat ma’ani ini adalah berbentuk kerohanian, kerana sifat dan sikap sifat ini tidak dapat dilihat melainkan atas gerak gerinya. Umpamanya sifat Qudrat (kuasa), Iradat (berkehendak), Ilmu (mengetahui), Hayat (hidup), Sama’a (mendengar), Bashar (melihat) dan Kalam (berkata-kata).

Sifat yang diatas adalah sifat yang memberi makna kepada kehidupan, sedangkan ia tidak dapat dilihat. Allah hanya menyediakan tempat sifat itu, seperti urat dan saraf, tempat meletakkan kuasa kekuatan, makam nafsu, tempat Allah meletakkan ransangan dan keinginan, otak tempat akal beroperasi untuk aktiviti ilmu, tali nyawa tempat kuasa kehidupan itu beroperasi supaya punca kehidupan yang ada pada manusia itu berfungsi dihidupkan. Sementara Sama’a, Bashar dan Kalam itu tempat pergantungan panduan kehidupan manusia dengan melengkapkan telinga, mata dan lidah, yang kuasanya datang dari ketentuan Tuhan sendiri. Kerana itu dinyatakan sifat ma’ani itu lazim melazimi ia dengan sifat Zat iaitu sifat Ma’anawiyah.

 
 
Today, there have been 222752 visitors (768593 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free