MA'ANAWIYAH

MA’ANAWIYAH

Maksud ma’anawiyah itu ialah sifat Zat yang wujudnya disebabkan oleh suatu sebab. Sifat itu bertaraf Zat kerana ia adalah Asmak Tuhan yang apabila diseru akan nama tersebut maka dengan sendirinya Zat Tuhan yang maha agung itu sendiri yang mengakuinya sebagai menyeru akan DiriNya sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh Allah didalam Al-Qur’an, surah Al-A’araf ayat 180 yang bermaksud (Allah memiliki Asmak ul Husna yang Agung (Asma’ul Adzhom) dan yang Syumul (Asma’ul Husna) dengan sifat dan sikapnya, maka berdoalah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut nama-namaNya)

وَ لِلَّهِ اْلاَ سْمَأُ الْحُسْنَى فَادْ عُوْهُ بِهَا وَذَ رُوا الَّذِ يْنَ يُلْعِدُ وْنَ فِى اَسْمَا ئِهِ

Sifat ma’anawiyah ini lazim melazimi ia dengan sifat ma’ani, ertinya tidak boleh bercerai. Ini bermakna jika tiada sifat ma’anawiyah maka sifat ma’ani tidak mungkin wujud, ertinya sifat ini meliputi kepada keperluan alam-alam ciptaan Tuhan, ini bererti pula, dengan sifat ini adalah sebagai pemberi kuasa dari Tuhan kepada sekalian makhlukNya supaya makhluk mempunyai kehidupan yang bererti. Disinilah maksudnya bahawa manusia dibawah ketentuan (tiada daya dan tiada upaya melainkan daya upaya daripada Allah)

لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّاةَ اِلاَّ بِا الله

 
 
Today, there have been 222750 visitors (768591 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free