MUKADIMAH

Akidah adalah suatu ilmu yang dibayangkan oleh Allah sejak dari azali lagi (permulaan). Ini dibuktikan oleh Al-Qur’an pada surah Al-Insan ayat 1 dan firmanNya didalam hadis Qudsi

كُنْتُ كَنْزًا مُخْفِيًا فَأَ حْبَبْتُ اَنْ اُعْرَفَ فَخَلَقْتُ الْخَلْقَ لِكَى اُعْرَفَ

Maksudnya:    Aku adalah yang terpendam dan tertutup, Aku ingin ditemukan dan dikenali, Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu

Berdasarkan ayat yang diatas, maka seluruh manusia tidak dapat melarikan diri dari mengenal Allah (mengenal DiriNya, SifatNya, AsmakNya dan Af’alNya). Ini bererti jika mana-mana manusia yang masih lagi hidup bernafas wajib mengetahui keagungan dan kebesaranNya, tanpa memahami ilmu ketuhanan ini, maka seseorang itu dianggap berdosa kerana tidak mengenali TuhanNya. Kerana itulah jumhur ulama’ menghukum mempelajari ilmu ini adalah fardhu ain dan mendalaminya adalah fardhu kifayah. Oleh kerana itu, kita hendaklah setulus ikhlas bertanyakan kepada diri sendiri, sudahkah kita mengenal Allah? Kita yakin terlalu ramai dikalangan manusia yang menjadi Mulhid (tidak mengenal Allah) kerana ilmu ini membawa kepada taqarrubnya manusia kepada Allah dan hukumNya.

Setiap manusia memiliki akal yang sempurna dan boleh berfikir. Mengapa manusia di planet bumi ini membelakangkan ketentuan Tuhan dan menghadapankan ketentuan sendiri? Mengapa manusia Begitu bersikap biadab kepada ketentuanNya dengan menokok tambah apa yang telah ditetapkan dan mengurangkan apa yang telah ditetapkan? Apakah Tuhan tidak bersikap adil atau belum lagi bersikap memperlihatkan keadilanNya kepada manusia. Mungkin esok lusa manusia akan mati beramai-ramai. Apa jawapan mereka apabila berhadapan dengan Allah atau manusia memang suka ditempatkan kedalam api neraka Allah. Sesungguhnya apabila manusia sudah mula memiliki penyakit tertentu atas ketentuan Allah maka kedudukannya untuk kembali kepada pangkuan Allah sudah mula menjadi sangat hampir.

AKIBAT TIDAK MENGENAL ALLAH

Jika mengenal Allah itu suatu asas pokok akidah, maka manusia perlu memahami akibat yang mereka perolehi daripada Allah swt jika mereka tidak mengenal Allah dan perkara yang berkait dengannya. Sejarah juga bermula daripada manusia awal iaitu Adam a.s, pada permulaan kehidupan manusia apabila Nabi Adam a.s sudah berada dibumi, maka Allah memerintahkannya pergi ke Mekah mengerjakan haji. Selesai sahaja ibadat haji lalu Allah bertanya kepada Adam a.s,

" ياَ اَدَمُ قَضَيْتَ نُسُكَكَ ؟ "

“sudahkah engkau mengerjakan rukun haji?”

Adam menjawab,

" نَعَمْ يَارَبَّ "

“sudah wahai Tuhanku.”

Lalu Allah memerintahkan Adam supaya membuat permohonan. Jawab Adam,

....قَلَ اَدَمُ : حَاجَتِى اَنْ تَغْفِرْ لِى ذَ نْبِى وَذَ نْبَ وَلَدِ ى قَالَ : اَمَّا ذَ نْبُكَ يَا اَدَمُ فَقَدْ غَفَرْ نَاهُ حِيْنَ

وَقَعْتَ بِذَ نْبِكَ وَاَمَّا ذَ نْبُ وَلَدِ كَ فَمَنْ عَرَفَنِى وَاَمَنَ بِى وَصَدَّ قَ رُسُلِى وَكِتَابِى غَفَرْ نَالَهُ ذَ نْبَهُ

Maksudnya:    permohonanku adalah agar Engkau mengampunkan dosaku dan dosa anakku, Allah berkata “adapun dosamu wahai Adam telah Kami ampuni ketika engkau selesai melakukan dosa, adapun dosa keturunanmu akan diampuni apabila mereka mengenaliKu (arif kepadaKu), beriman kepadaKu, membenarkan para Rasul dan kitabKu

(Hadis Qudsi riwayat Dailani dari Anas r.a)

Berdasarkan firman Allah diatas, maka apakah harapan manusia jika mereka tidak percaya dan mengenali Allah, walaupun pada dasarnya ramai manusia yang melakukan berbagai-bagai ibadat, akan tetapi mereka tidak mengenali Tuhan mereka, dan apa yang mereka perolehi dari ibadat mereka itu.

SIKAP MANUSIA YANG TIDAK MENGENALI ALLAH

Secara amnya mereka akan,

  1. Melakukan Syirik
  2. Segala dosa tidak terampun
  3. Tidak aman semasa beribadat
  4. Hidup sentiasa berkeadaan syirik
  5. Mempersoalkan takdir secara tidak wajar
  6. Tidak mengenal diri yang berasal daripada Allah
  7. Keimanan sangat lemah, doa tidak terkabul

Akhirnya kita perlu memikirkan apa kata Allah dan apa kata kita. Adakah apa yang dikatakan oleh Allah didalam Al-Qur’an selaras dengan apa yang kita kata. Jika ianya selaras, itu tandanya kita beriman, jika tidak, ia menunjukkan kita bertambah jauh dan bertambah hanyut.

 

           

 
 
Today, there have been 217050 visitors (744249 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free