MATLAMAT SAMI'UN, BASHIRUN DAN MUTAKALLIMUN

MATLAMAT SAMI’UN, BASHIRUN DAN MUTAKALLIMUN

Matlamat sifat Kaunuhu Sami’un, Bashirun dan Mutakallimun adalah memberi faedah yang amat besar kepada seluruh alam ciptaan Tuhan terutama kepada manusia. Apabila Allah swt menjadikan sekalian alam-alam, maka Allah mendengar dan melihat alam-alam ciptaanNya tersebut. Dia maha mendengar suara makhluk merintih memohon kepadaNya segala keperluan untuk alam terus hidup dalam keadaan selesa. Dia bukan sahaja mendengar seruan segala alam, akan tetapi Dia melihat atas kebenaran permohonan hambaNya tersebut, lalu Zat yang Agung itu menyediakan segala peraturan yang dapat diguna pakai oleh makhlukNya. Peraturan tersebut dikenali sebagai Kalamullah atau Al-Qur’an supaya diikuti oleh hambaNya yang diketuai oleh manusia sebagai khalifah yang mentadbir alam.

 
 
Today, there have been 217755 visitors (747281 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free